Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Archives

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Rabu, 4 Februari 2009

Step Kaunseling dengan Murid Penagih

Mungkin saya hanya dapat menyiapkan separuh tulisan ini pada saat ini, tapi saya berusaha untuk bercerita sambil membantu rakan setugas, kaunselor yang kebanyakkan berada di sekolah menengah.

Sebelum nya, saya dihubungi oleh seorang kaunselor di sebuah sekolah menengah daerah Kajang, bertanya dan merujuk pasal murid @ klien yang terjebak dengan dadah. Jenis Ganja. Bagaimana nak berikan sesi kaunseling. Saya percaya selain dari kaunselor ini, ramai lagi dalam Malaysia ini kaunselor atau guru disiplin menghadapi masalah yang sama.

Sebelum tu, perlu saya jelaskan, sesi kaunseling dengan penagih dadah dan bukan penagih adalah berbeza. Berbeza sedikit dari segi hala tuju sesi tersebut.

Kalau orang normal, kaunselor berperanan hanya membantu klien untuk buat keputusan. Namun dalam sesi dengan penagih, sama ada klien anda menagih ganja atau dah sampai tahap heroin, kaunselor sebenarnya berusaha membantu klien menuju kepada satu keputusan, iaitu bebas dari dadah, dengan melalui beberapa step yang tertentu.

Step pertama, klien mesti mengakui, bahawa dirinya memang bercelaru, haru-biru dan tak tentu arah semenjak ia menjadi penagih, dan dirinya tak mampu untuk membuat perubahan kecuali dengan bantuan orang lain. Sebutkan beberapa kecelaruan yang ia hadapi, misalnya elak tanggungjawab, elak bersama keluarga, memencilkan diri, jadual berubah, solat pun ntah ke mana, khusyuk pun tiada lagi.

Orang lain ialah Sertefican Others atau ringkasnya SO, SO ialah orang yang rapat dalam hidup klien seperti ibu, bapa, adik, abang, kaunselor dan sesiapa sahaja.

Pada Saya....Dadah Bukan Masalah Bagi Saya

Masalahnya buat kaunselor, klien tidak mahu mengaku yang dadah, atau ganja yang dia ambil itu merusakkan dirinya. Ia membuat penafian (denied) , bahawa yang di ambil tu bukan banyak pun, sikit je, dan alah....bila-bila masa saya boleh berhenti. Inilah yang dikatakan denied, atau penafian, penagih dadah akan menggunakan helah sebegini untuk melindungi dirinya.

Di sini kaunselor perlu tahu sikit ILMU pasal farmakologi. Menurut ilmu ini, dadah yang di ambil tak seperti makan nasi, dari dulu kita makan 2 atau 3 pinggan sehari dan hinggalah ke hari ini. Namun dadah tidak begitu.

Toleran

Dadah kalau dah biasa masuk dalam tubuh, sama ada melalui telan atau suntikan, tubuh itu akan meng-isyaratkan bahawa dadah (ganja) itu tidak lagi memberi apa-apa kesan lagi padanya. Dan sang penagih mesti menambah dos yang sedia ada untuk merasakan kesan yang sama. Hal ini disebut toleran. Dengan itu ia terpaksa mencari tambahan, bila bertambah dos, maknanya bertambah modal atau RM, begitulah hingga bila-bila.Dadah sentiasa tak cukup, tak cukup dan tak cukup.

Dependen

Bila dah lama mengambil dadah, tubuh tersebut akan biasa dengan dadah, dan bila dadah habis dalam tubuh, penagih akan merasakan sakit, sakit seluruh tubuh, urat saraf, rasa ada benda yang berjalan dibawah kulit, tidur tak boleh, bangun pun tak betul, semua kerja salah, dalam otak dia hanya dadah, dadah dan dadah. Keadaan ini namanya dependen.Penagih sudahpun mula jadi ketagih. Keadaan ini namanya dependen. Dependen terbahagi dua jenis, satu dependen fizikal dan kedua dependen psikologi.

Withdrawal Sympton
Apabila penagih berada dalam keadaan tadi, tubuh badannya menggeletar dan kesejukan, kulitnya basah, loya, nak muntah, mata berair, jantung berdegup kencang, situasi ini dinamakan Withdrawal Sympton, dinama situasi ia tak boleh hidup tanpa dadah, ia terpaksa mengambil dadah kerana untuk menghilang kesakitan dan bukan lagi untuk tujuan seronok. Malang bukan?

Penagih kemudian akan lari dari rumah, duduk bersama dengan penagih di bawah jambatan, dekat tong sampah, dia kadang-kala tidak sedar apa yang berlaku disekeliling, merasa hidup di alam mimpi. Kalau terlintas nak ambil barang orang, terus ia pergi ambil tanpa rasa takut dan khuatir di pukul. Tau-tau tubuhnya berdarah,tau-tau ia berada di dalam lokap. Nah situasi ini lebih bahaya kerana kemungkinan besar ia akan mati mengejut, disebabkan menunggang motosikal tanpa sedar.

Insaf tapi tak berdaya
Sebenarnya penagih kalau dah lama berada dalam dunia penagihan, hatinya pun mula insaf, dan ingin kembali ke pangkuan masyarakat sebenarnya. Ia pun merasa hairan, kenapa aku tinggal dan tidur dibawah jambatan, makan dan minum tak tahu di mana, kawan dan keluarga entah dimana. Secara jujur ia ingin kembali ke dunia normal, tapi dosa lama, mencuri, melawan cakap guru, mak ayah dan tidak peduli nasihat orang menghantui dirinya, ia malu untuk kembali. Akhirnya ia terus-terusan berada didalam dunia kegelapan itu.

baca turning point
bersambung

0 ulasan:

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...